bila mama pergi, siapa yang nak bebel dekat saya ? siapa yang nak bagi nasihat panjang2 dekat saya ? siapa yang nak curahkan kasih sayang melalui perlakuan?
Isnin, 23 September 2013 • 12:39 PTG • 0 comments

salam subuh semua . subuh2 nie best pulak mencurahkan kata2 yg bermain di fikiran dan minda . 
knp tetiba buat entri mcm nie ? hmm . sbenarnya tdak terlintas di fikiran untuk buat entri lagi sebab bnyak sgt kerja2 ataw pekara2 yg perlu sy laksanakan sekarang . justeru, pekara ini sedang berlegar2 di benak pemikiran sy , yg boleh menjatuh kan air mata sy dgn begitu deras tatkala menjelangnya subuh ini .

***SY HARAP READERS2 YG LAEN , DAPAT MUHASABAH DIRI DI WAKTU2 BEGINI . PASTINYA BANYAK YANG KITA KESALI . PASTINYA APA YG TERLINTAS DIFIKIRAN SY SLAMA INI AKAN TERLINTAS DIFIKIRAN KAMU SEMUA DAN MUNGKIN AIR MATA BERSALAH ITU PASTI KELUAR SEPERTI SAYA PADA HARI INI ;')
INSYAALLAH .

kenapa tajuk begitu panjang ?
yaa . panjangnya juga ada makna .. kerana itulah sy mengalirkan air mata . kerana MAMA . anda smua pastinya ada mama kan ? [sudah tentu] . semestinya kita syg sgt dgn MAMA kita kan . [spa tak syg mama oiii] . entri kali ini sy ingin berkongsi apa yg bermain di minda sy ketika ini .


sy tengah iron langsir , langsir untuk kelas2 yg ditempah oleh cgu2 dri klas laen . tetiba teringat dgn mama . senyuman mama , cerita mama . dan saat itu sy terfikir sekiranya mama tiada di muka bumi ini [YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR MAMA KU] apa yg berlaku kpd sy dan adq bradik yg laen . bagaimana kehidupan kami seterusnya ? pastinya sgala2 akan brubah ketika itu . corak kehidupan pastinya berbeza . 
mesti la masa tu rindu gilaa dgn mama . ya laa , masa mana boleh diundurkan semula . 
rumah menjadi sunyi ketika ketiadaan beliau . tiada suara yg selalunya bertanya itu dan ini . tiada senyuman manisnya yg terukir walau sy tahu ketika itu hatinya hancur dgn masalah yg harus dipikulnya . tiada suara bebelan yg memarahi karenah kami adq bradik . tiada gelak tawanya yg harus didengar setiap hari . TIADA KASIH SAYANG SEORANG IBU YANG IKHLAS MELAHIRKAN KAMI DIBUMI INI LAGI KETIKA ITU .[ya ALLAH , mampukah diri ini bertahan dan kuat seperti mama ?] terfikir sejenak , dgn siapa lagi harus sy meluah masalah ? kalau mama ada , pastinya sy mengadu dgn beliau . mama pendengar setia , sentiasa memberi respon , tidak ketinggalan dgn kata2 yg penuh memberi semangat dekat kami adq bradik untuk berjaya . sekiranya mama tiada , sy pasti rindu akan keprihatinan beliau terhadap sy walaupun  ekspresi wajahnya tidak menunjukkan yg beliau prihatin , tapi sy tahu mama sgt2 caring dkt anak2 dya . dan ketika itu tiada lagi tunjuk ajar yg beliau akan beri kpd sy dan adq beradik . [cuba anda berfikir sejenak sebegini]  ITU SEKIRANYA MAMA TIADA . 
YA ALLAH , itu baru memayangkan bagaimana ketiadaan mama . belum lagi yg benar . secara jujur , sy menangis teresak2 kerana berfikir sebegini . ingin saja lari ke bilik mama dan peluk mama , cium mama , nangis depn beliau . [knp x buat?] sy tdak ingin menganggu tidurnya . sy tahu beliau penat seharian kerana melakukan kerja rumah , ambil kami adq bradik dari sekolah . besarnya pengorbanan mu mama . 


berterima kasih kehidrat illahi kerana mengkurniakan seorang ibu yg begitu cekal dlm mengenangani masalah kehidupn dlm mendidik ank2 dan memikul tanggungjawab seorang ibu dgn sempurna . terima kasih kerana masih memberi peluang kepada kami untuk merasai KASIH SAYANG seorang ibu sehingga detik ini . kawan2 , readerss2 sekalian , sy tahu kita sebagai seorang anak agak sebok lagi2 ketika berada di era yg penuh dgn kemodenan ini . sebok menguruskan hal pembeljaran dan sebagainya . disini , sbgai perkongsian , kita seharusnya berfikir apa yg terjadi sekiranya org yg begitu berharga akan pergi kelak . cukupkah doa kita untuk mereka ? cukup sudah ka , kita membalas jasa mereka ? [tidak akan terbalas dgn cukupnya.jasa mereka dan pengorbananya terlalu besar buat kita] . kita telah beri kebahgiaan kpd mereka ? sebesar mana kasih syg kita terhadap ibu ? apabila diingat2 semula , YA ALLAH , bnyaknya dosa ku terhadap mama . [bertaubatlah , berubahlah] INSYAALLAH . kita berubah perlahan2 . sikit demi sedikit . jgn putus2 berdoa untuk kebahagian kita bersmanya . 
kesian kan kpd sahabat2 kita yg laen , saudara mara kita sesama islam yg tlah kehilangan MAMA . kesian kpd mereka kerana tidak dpt lagi merasai kasih sayang MAMA . tapi kebanyakkan mereka berhati cekal dan berjiwa besar . walaupun mereka tidak mempunyai MAMA , mereka ttp teruskan hidup . [kalaw sy ditempat mereka, masyaALLAH x taw apa yg jadi] . TAPI kita yg punya MAMA ? bersyukur ka ? [dan kamu akan jawab"bersykur bhaa"] dgn apa kamu bersyukur ? HANYA kata2 ? sahabat , itu tidak mencukupi . dgn DOA .berdoalah untuk ibu2 kita . semoga mereka dipanjangkan umur,semoga menjadi anak yg taat kpda ibubapa . doa sahaja tidak cukup jika kita tidak BERKELAKUAN baik .jika kita tidak menjaga percakapan kita kpd mereka . hati2 wahai sahabat , hnya satu perkataan boleh buat mereka tersinggung .[ya , sy akui sy pernah lakukannya. setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan kan?] so , kita sma2 la perbaiki diri jika syg akan mama . 

pengajarannya : 
HARGAILAH IBU SEMENTARA MEREKA MASIH ADA .JANGAN DISIA2KAN WAKTU KITA DENGAN MEREKA . SELALULAH TATAP WAJAH MEREKA , "MENATAP WAJAH IBUBAPA DAPAT PAHALA TAAUU " :) JANGAN MEMBELAKANGI IBU KITA . SENTIASA MEMINTA RESTU DARIPADA NYA SUPAYA HIDUP KITA BERKAT . YANG PALING PENTING , BERDOALAH KEPADA ALLAH AGAR HUBUNGAN DENGAN IBU SEMAKIN ERAT DAN ERAT . :) JAGALAH HATI MEREKA . JANGAN MENYESAL DIKEMUDIAN HARI JIKA KITA KEHILANGAN MEREKA . :')

  • SEKADAR PERKONGSIAN

MAAF SEKIRANYA ADA TERGURIS HATI KORANG YANG LAIN .
MAAF SEKIRANYA ENTRI INI ADA KEKURANGAN .
TAPI SAYA HANYA INGIN BERKONGSI APA YANG SAYA RASA KALI INI 
SEKIAN . WASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH .








OLD
This owner ♥
Thank for coming


Welcome

Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)
Hope u Enjoy My story :)
감사합니다 (gamsahabnida)

Ask Me♥
Leave your question here



FOLLOW ME :)
Thank You 감사합니다 :)



Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Thankx for help me beb !

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Edited & helping:pyka
Owner blog: Farhana